Hakcipta Terpelihara � 2017 oleh Agensi Remote Sensing Malaysia Penafian : Pihak Agensi Remote Sensing Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat di dalam laman ini.
SISTEM PENGURUSAN DAN PEMANTAUAN CERUN
Sistem Pengurusan dan Pemantauan Cerun (e-Slope) dibangunkan bagi perancangan, pembangunan dan pemantauan cerun secara web-based. Sistem e-Slope dibangunkan secara NBOS di antara Agensi Remote Sensing Malaysia (ARSM) dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Sistem ini terdiri daripada Modul I - Pengurusan & Pemantauan Cerun dan Modul II - Pembangunan Bukit & Tanah Tinggi. Modul I mengintegrasikan imej remote sensing terkini dengan maklumat cerun dan data geospatial bagi membolehkan MPAJ mengurus keseluruhan kawasan pentadbiran dalam memantau tahap bahaya cerun, impak runtuhan dan juga perubahan guna tanah bagi meningkatkan kesejahteraan hidup. Modul II pula mengintegrasikan imej remote sensing terkini dengan data ketinggian, kelas cerun dan data geospatial bagi membantu MPAJ membuat keputusan dalam mempertimbangkan kelulusan permohonan perancangan pembangunan di sesuatu tapak. Kesesuaian sesuatu permohonan perancangan ini adalah selaras dengan Garis Panduan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Rancangan Tempatan. |